Isnin, 5 Oktober 2009

PEMBINAAN MASJID KRISTAL

PEMBINAAN MASJID KRISTAL

Projek pembinaan Masjid Kristal melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu bertanggungjawab memantau projek tersebut. Bahan asas adalah bahan tempatan dan kira-kira 65% adalah pakar tempatan dan selebihnya adalah pakar pertukangan luar Negara.


Fasa pembinaan :

Fasa 1 adalah fasa pembinaan Masjid Kristal dan perumahan khas untuk iman dan bilal
Fasa 2 adalah fasa pembinaan monument masjid, sebagai mercu tanda islam
Fasa 3 adalah fasa pembinaan taman terbuka, wakaf, laluan untuk aktiviti bersenam,
astaka dan kawasan memancing.
Fasa 4 adalah fasa pembinaan perani, teropong dan pusat komersial
Fasa 5 adalah pembinaan pellet dan jalan masuk


21 REPLIKA, MONUMEN, TUGU DAN MASJID

Terdapat 21 replika masjid termasuk tugu dan monument dibina pada nisbah skala 1.8 berbanding saiz asal. Antara 21 replika tersebut adalah:

v Masjid Abu Nasr Pasra
v Masjid An-Nabawi
v Masjidil Haram
v Masjid Sultan Omar Syarif
v Masjid Xian
v Taj Mahal
v Masjid Kuddus Mirna
v Masjid Sheikh Luffalla
v Masjid Besar Samarra
v Masjid Negara
v Masjid Mohamed Ali
v Masjid Besar Aqadez
v Masjid Badshahi
v Kubah As Sakha
v Masjid Kul Sharif Tafarstan
v Masjid Aal Hambra
v Masjid Alepo Citadel
v Masjid Pusat Petani
v Masjid Qairawan
v Tugu Kompleks Suleyman
v Menara Kalyan










KOMPLEKS MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Pada zaman klasik Yunani, Muzium turut dikenali sebagai 'A place sacred to the Muse specifically, the great institution fot literature and scientific studies built and equipped by ptolomy I at Alexandria, which was virtually a university of Hellesnistic world' Muzium pertama dipercayai telah ditubuhkan di Iskandariah, Mesir pada abad ke 3 sebelum Masehi. Sejak itu institusi mula mendapat perhatian ramai terutama daripada cendekiawan dan para ilmuan berlumba-lumba memberikan definisi muzium yang paling sesuai. Geo Brown Goode (1895) mendefinisikan muzium sebagai 'An institution for the preservation of those objects which best illustrate the phenomena of nature and the work of man, and utilization of these to increase knowledge and for the culture and the enlightenment of the people' Dalam pada itu terdapat beberapa definisi berbentuk sementara atau masih kabur yang diutarakan. Majlis Muzium Antarabangsa ( ICOM ), Kesatuan Muzium Kanada ( CMN ) dan Kesatuan Muzium America (AAM) mendefinisikan muzium berlandaskan kepada fungsi dan pengurusannya serta bidang-bidang yang berkaitan dengan institusi tersebut. ICOM pada Mesyuarat Agongnya 1974 menggariskan definisi Muzium sebagai 'Institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya. Tindak balas daripada definisi ini, beberapa aktiviti dan bidang dikaitkan sama sebagai sokongan. Antaranya Muzium ditakrifkan juga sebagai institusi yang terlibat dengan :- i. Pemuliharaan, pameran dan Pusat Arkib ii. Pemuliharaan dan pengekalan alam semulajadi iii. Arkeologi, Ethnologi, Monumen dan Tapak Tanah bersejarah iv. Pameran benda hidup seperti Taman Botani, Zoologi,Akuarium dan sebagainya. v. Pusat Sains dan Planetarium
Berdasarkan kepada definisi tersebut, tidak dapat dinafikan bahawa Muzium memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pembangunan ekonomi bagi setiap negara dan masyarakat. Malah Muzium turut membentuk dan mengambil bahagian yang utama membangunkan masyarakat dan negara melalui peranannya yang berbagai (Multifunctional role). Sehubungan itu, pada 1989 Kesatuan Muzium Great Britain ( MAGB ) telah mendefinisikan Muzium dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Institusi Muzium ditakrifkan sebagai 'An institution which collects, documents, preserves, exhibits and interprets material evidence and associated information for public benefit'. Di Malaysia, Muzium pada peringkat awalnya dikenali sebagai 'Sekolah Gambar' kerana selain artifek arkeologi, gambar-gambar bersejarah turut dipamerkan dengan banyaknya di dalam bangunan Muzium. Bagaimanapun peredaran masa dan pertambahan pengalaman serta pengetahuan golongan tertentu terutama yang ada kaitan langsung dengan pengurusan dan aktiviti Muzium telah berjaya membentuk identiti baru Muzium. Hal ini turut mengubah pandangan orang ramai terhadap institusi tersebut. Biarpun terdapat berbagai bentuk tanggapan dan definisi yang berbeza terhadap institusi Muzium, namun begitu adalah tepat jika Muzium itu diterangkan melalui aktiviti serta kemampuan yang ditunjukkan oleh sesebuah Muzium itu. Kejayaan sesebuah Muzium menangani segala permasalahan yang ada dalam usaha mencapai objektif penubuhannya adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan rasa tanggungjawab kakitangannya. Oleh yang demikian sesebuah Muzium itu adalah sesuai didefinisi berdasarkan kemampuan serta kejayaan yang ditunjukkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan bersandar kepada fungsi dan garis objektifnya.
Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang tersegam indah di Jalan Losong merangkumi empat blok utama. Kompleks muzium yang terbesar di Asia tenggara ini terletak dalam taman berlandskap indah dengan air terjun kecil dan kolam-kolam ika koi. Ia memaparkan sejarah agama, raja, budaya dan ekonomi negeri.

Muzium Terengganu telah dirasmikan pada 20 April 1996 bersamaan 2 Zulhijjah 1416 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu. Meliputi kawasan seluas 27 hektar, kompleks ini mempunyai keluasan lantai keseluruhan berjumlah 75,075 meter persegi. Terdiri dari 4 blok bangunan Muzium Utama, kompleks ini juga mempunyai Muzium Maritim, 5 buah rumah tradisional serta kawasan lanskap. Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Islam dan GaleriTekstil

Saksikan pelbagai artifek arkeologi yang menggambarkan tamadun purba di Terengganu. Pertembungan dua budaya melalui seramik China yang terkenal dengan karya seninya.Tidak kurang juga numismatik yang pastinya menarik perhatian anda.Menghayati peristiwa-peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di Terengganu serta mengenali tokoh-tokoh sasterawan dan sejarawan di samping menteladani serta menghargai segala jasa-jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mereka dalam membawa perubahan besar kepada negeri Terengganu,bumi bertuah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan